Monday, April 14, 2014

Pesanan Guru Mulia, Al Imam Habib Abdullah bin Alawi Al Haddad

Salah satu buku dalam 'Mini Library' alfaqir. Buku Manaqib.

WALI AL-QUTHUB, AL-IMAM AL-ALLAMAH Al-HABIB ABDULLAH BIN ALAWI AL HADDAD (Imam Al-Haddad) merupakan seorang yang sangat bersungguh sungguh dalam ibadah dan mujahadah sejak kecil lagi. Alfaqir sendiri amat menggemari naskah kitab karangannya. Seolah olah kita berada di dalam majlisnya dan mendengar bait bait nasihat yang lembut dan indah. Terus ke hati. Antara pesanannya ialah agar meneruskan zikir zikir yang biasa kita amalkan selepas solat walau dimana kita berada hatta sedang sibuk. Zikrullah ini kata ulama adalah ubat dan pembersih bagi hati.

Inilah alfaqir nukilkan sedikit dari buku manaqib tentang AL-IMAM AL-ALLAMAH Al-HABIB ABDULLAH BIN ALAWI AL HADDAD

  1. Setiap hari amalannya berzikir LAILAHAILLALLAH 1000x
  2. Al-Imam juga selalu melazimi zikir LAILAHAILLALLAH AL MALIKUL HAQQUL MUBIN sebanyak 100x setelah solat Zuhur.
  3. Al-Imam sering melazimi puasa sunnah, Isnin dan Khamis. Juga puasa puasa sunat lainnya.
  4.  Al-Imam diberi kelebihan memahami dengan mendalam surah Yaasin sejak kecilnya lagi apabila membaca surah Yaasin beliau akan menangis semahu mahunya hingga tidak dapat menghabiskan bacaannya. Al-Imam mewasiatkan kita agar secara khusus membaca Surah Yaasin, demi memperolehi berbagai bagai kebaikan dan menangkal pelbagai keburukan.
  5. Beliau juga melazimi membuat solat sunat sebanyak 100 rakaat pada waktu Dhuha sejak kecil lagi setelah kembali dari tempat belajarnya. Beliau melakukan setiap pagi sehingga waktu Zohor tiba.
  6.  Al-Imam mewasiatkan. "Lakukanlah zikir-zikir secara rutin pada waktu pagi dan petang, kerana zikir adalah benteng dari gangguan syaitan dan penangkal dari pelbagai keburukan" . Dan Al-Imam meninggalkan kita dengan satu khazanah kitab pendinding diri dan penyelamat masalah hidup yakni RATIB AL HADDAD yang sangat banyak faedah kebaikannya.

Sumber Rujukan:Kitab HAUL AL IMAM AL HABIB ABDULLAH BIN ALAWI AL-HADDAD
oleh AMANAH HAWI AL KHAIRAT (HAK -Alhawi.net) 
Categories:

0 comments:

Post a Comment