Monday, April 14, 2014

KISAH HARTAWAN DARI LANGKAWI.


Ini ialah satu kisah benar yang alfaqir sendiri terima dari seorang guru agama, Ustaz Abdul Ghani dari Merbok, Kedah tentang pengalamannya bertemu seorang hartawan yang kaya raya di Langkawi. 
Orangnya sederhana saja, namun apabila telah lama kenal, tahulah bahawa beliau ini adalah seseorang yang mernpunyai rangkaian perniagaan yang agak besar di Langkawi. 

Ini amalan yang dikongsikannya, beliau ini (ustaz tidak menyebutkan namanya). Beliau ini rupa rupanya seorang yang hebat dan istiqamah mengamalkan... 

  1. membaca SURAH AL WAQIAH dengan Istiqamah (Amal berterusan tanpa jemu)
  2. Waktu membaca surah ini ialah khususnya .... selepas solat fardhu Subuh dan solat fardhu 'Asar pada setiap hari.
Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ قَرأ سُورَةَ الوَاقِعَةِ فِي كُلّ لَيْلَةٍ لَمْ تُصِبْهُ فاقَة

“Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiapa malam ia tidak akan ditimpa kefakiran.” (Riwayat daripada Ibn Mas‘ud: al-Azkar, al-Jami al-Soghir).
Rasulullah SAW bersabda:

سُوْرَةُ الوَاقِعَةِ سُوْرَةُ الغِنَى فَاقْرَؤُوْهَا وَعَلِّمُوْهَا أَوْلاَدَكُمْ

“Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu.” (Riwayat Ibn Mardawaih daripada Anas: Kasyf al-Khafa’).

Alfaqir ingin menambah sedikit seperti disarankan oleh para ustaz adalah dengan berdoa khusus YAKNI DOA AL-WAQIAH  selepas mengamalkannya.


APABILA ANDA MEMBACA SURAH WAQIAH INI, 
TUTUP DENGAN 'DOA REZEKI 



MAKSUD DOA REZEKI SURAH ALWAQIAH: 
“Ya Allah, bahawasanya kami memohon kepada-Mu dengan hak surat Waaqi’ah dan rahsia (yang terkandung) di dalamnya. Hendaknya Engkau memudahkan rezeki bagi kami sebagaimana Engkau memudahkannya kepada kebanyakan makhluk-Mu ya Allah, Tuhan semesta alam. Ya Allah, limpahkanlah rezeki dari langit dan bumi kepada kami, berilah kami rezeki kerana Engkaulah sebaik-baik pemberi rezeki. Ya Allah, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah rezeki itu, jika rezeki kami berada di bumi, maka keluarkanlah, jika rezeki kami tidak ada maka temukanlah, jika rezeki kami sulit maka mudahkanlah kepada kami, dan pindahkanlah rezeki itu ke tempat kami di mana kami berada, dengan karunia-Mu dan kemurahan-Mu serta kemuliaan-Mu dengan rahmat-Mu wahai sebaik-baik Penyayang dari para penyayang.”



INGIN AMALAN WAQIAH YG LEBIH KHUSUS??

** Seandainya anda mahu amalan yang lebih khusus, berijazah dalam MANUAL REZEKI JUTAWAN oleh Ustaz Prof Shahrin ada memberi anda zikir khusus untuk ikhtiar pelarisan rezeki setelah anda membaca surah ini. Keberkatan amalan ini memang terasa. Klik dibawah:

        JUALAN PRODUK ISLAMI, RAWATAN ISLAM, TERAPI SUKSES         


       ** Sumber DOA WAQIAH diatas**       

Darul Ulum Ihya Ulumuddin
http://ulumnabawiahmakh.blogspot.com
(Mohon beri sumbangan pada madrasah ini)



0 comments:

Post a Comment