Monday, April 15, 2013

7 Rahsia Menakjubkan Istighfar


Inilah 7 Rahsia Istighfar :
Istighfar adalah memohon ampun kepada ALLAH Subhanahu Wata'ala dengan kalimat:
Astaghfirullaahal'adzhiim. Bertaubat memohon dosa dan merendah diri sebagai hamba Allah yang tak punya apa apa selain kurniaan dari Allah jua segala galanya. Merasa menyesal dan kalau boleh menangislah dikala berdoa memohon keampunan dengan menyerah dan pasrah diri kepada Allah.
P/S: JIka mahu menghilangkan kepayah hidup, diampunkan Allah. Seutama utama adalah mencari ibu dan ayah. Terutama ibu anda, guru alfaqir sendiri, menerangkan bahawa selagi kita menyebabkan ibu merasa sedih atau terluka dengan kita, kena minta ampun dan dihalalkan makan minum. Selagi hal hal lain kita mampu buat spt bersedekah, amalan amalan sunat hajat namun hal hal problem dengan ibu ayah tak settle...tak berhasil amalan.
Call ibu anda, cakaplah "Mak, ampunkan dosa saya dengan mak, mohon halalkanlah makan dan minum saya selama ini". Lihat hasilnya!


BAIK. Inilah kebaikan ISTIGHFAR..

1 : MENDATANGKAN AMPUNAN ALLAH..

Maka aku berkata (kepada mereka) Mohon-lah ampun kepada RABB-mu sesungguhnya DIA adalah Maha Pengampun..
(QS. Nuh :10)..

2 : MENGATASI KESULITAN DAN TERBUKA NYA PINTU REZEKI

Barangsiapa beristighfar secara rutin, pasti ALLAH memberinya jalan keluar dalam kesempitan dan memberi rizki yang tiada terhingga padanya..
(HR. Abu Daud)..

❥ 3 : MENAMBAH KEKUATAN..

Dan (Hud berkata): Hai kaum-ku, mohon-lah Ampunan kepada RABB-mu lalu bertaubat-lah kepada-NYA, Niscaya DIA akan menurunkan hujan yang sangat deras dan DIA akan menambahkan kekuatan diatas kekuatan mu..
(QS. Hud :52)

❥ 4 : MEMPEROLEH BANYAK KENIKMATAN..

Dan hendak-lah kamu memohon Ampun kepada RABB-mu dan bertaubat kepada-NYA, Niscaya DIA akan memberi kenikmatan yang baik kepada-mu sampai kepada waktu yang telah di tentukan...
(QS. Hud :3)...

❥ 5 : TURUN NYA RAHMAT...

Hendak-lah kamu memohon ampun kepada ALLAH, agar kamu mendapat rahmat...
(QS. An-Naml :46)...

❥ 6 : SEBAGAI KAFARATUL MAJLIS...

Barangsiapa yang duduk dalam satu Majlis (perkumpulan orang) lalu di dalamnya banyak perkataan sia-sianya atau (perdebatan) kemudian sebelum ia bangkit dari Majlis membaca (Istighfar):

Subhaanakallahumma wa bihamdika asyhadu allaa ilaaha illa anta Astaghfiruka wa atuubu ilaih...

(Maha suci ENGKAU YAA ALLAH,dan aku memuji-MU dan aku bersaksi bahwa tiada ALLAH melainkan ENGKAU, aku memohon ampun dan bertaubat kepada-MU)...

Maka ia akan diampuni kesalahan-kesal ahan yang diperbuatnya selama di Majlis itu...(HR. Ath-Tirmidzi, Nasa'i, Ibnu Hibban, Abu Daud dan Al-Hakim)

❥ 7 : TERHINDAR DARI AZAB ALLAH...

Dan tidak-lah (pula) ALLAH akan mengadzab mereka, sedang mereka masih memohon ampun(Istighfar)
(QS. Al-Anfal :33)



JUALAN PRODUK ISLAMI, RAWATAN ISLAM, TERAPI SUKSES 
www.prosyifawellness.com

0 comments:

Post a Comment