Wednesday, April 16, 2014

Amalan Rezeki Kekayaan Surah Waqiah


Sewaktu saya ke Indonesia, Alhamdulillah alfaqir berkesempatan singgah ke beberapa kedai buku terbesar dan popular di sana. Antaranya Gramedia di Jakarta, Toko Wali Songo dan sempat membeli beberapa buku dan kitab yang baik sebagai rujukan usahawan.

Alfaqir diketemukan Allah dalam satu kitab berjudul Waqiah Fadhilah oleh Sultanul Awlia, Al Arifbillah As Sheikh Abdul Qadir Jailani yang terkenal. Salah satu amalan yang ringkas tapi bermanfaat diamalkan adalah cara ikhtiar menderaskan, menghilangkan kemiskinan, kefakiran hidup dan memohon rezeki dari Allah SWT melalui Surah Al Waqiah.

Caranya ialah:


  • Membaca Surah Al Waqiah
  • Dibaca 14 Kali 
  • Setiap kali Selesai solat Asar.

Istiqamah (berterusan) dalam mengamalkannya tanpa jemu. InsyaAllah. Boleh disusuli dengan solat hajat di malam hari dan juga selawat dan zikir-zikir yang baik untuk rezeki dan menghilangkan kefakiran seperti dalam MANUAL REZEKI JUTAWAN oleh Ustaz Prof. Dr Shahrin Abdul Rahman. (klik link ini)
Menurut ulama, surah al waqiah ini memang ada doanya. Salah satunya alfaqir telah kongsikan di dalam blog post yang lepas. Klik link di bawah. InsyaAllah.



JUALAN PRODUK ISLAMI, RAWATAN ISLAM, TERAPI SUKSES 
[klik masuk]

[ HOME ] [ GALLERY DEKORASI ]

Tuesday, April 15, 2014

Nikmatnya Tarbiah Guru..Satu Anugerah.


CINTAKU PADANYA...

Seketika, hatiku teringat murobbi. Dan tersenyum –senyum sendiri. Kerana apa? Kerana pandangan yang sempurna ke hati murid (ahwal) dan biasanya jawapan yang diberi itu ringkas, namun tepat ke hati. Dalam pelajaran tasawuf,baik syarah Hikam Abi Madyan oleh Sheikh Daud Fathoni atau nukilan Sheikh Abdurrahman Siddiq, mufti negeri Inderagiri menyebutkan “mata hati” sebagai basirah. Dan mata hati seorang guru yang benar (kamil) terang dengan cahaya Ilahi adalah satu anugerah kurnia yang besar dari Allah SWT. 



Kata ulama' amat beruntung seseorang yang namanya terpahat dalam hati gurunya, bahkan mendapatkan cintanya yang mendalam. Bahkan sangat mulia dan akan mendapat kedudukan yang tinggi bagi yang sanggup berkhidmat sepenuh hati pada gurunya. Jelas, dari kacamata alfaqir wal haqir ini, hidup ini tak pernah menipu akan keberkatan amalan khidmat ini. Allah Maha Adil lagi Maha Pemurah. KurniaanNya tak pernah habis.


PERLU DIFAHAMI...seorang murid itu perlu bijak mengerti apa kehendak gurunya. Ini tanda ‘Penerimaan Tarbiah yang Sempurna’. Ada sebuah cerita....





KISAH RAJA DAN HAMBA KESAYANGANNYA.


Abd Al-Karim al-Qusyayri menceritakan di dalam Bukunya, Risalah al-Qusyayriyyah, 
"Ada seorang raja mempunyai seorang pelayan yang mendapat perhatian lebih dari pelayan lainnya. Sang raja ditanya tentang hal ini, maka ia menjelaskan kelebihan pelayan tersebut dari pelayan lainnya dalam pengabdian. (khidmat kepada tuannya)

Suatu hari sang raja sedang menunggang kuda 
bersama para pengiringnya. Di kejauhan tampak sebuah gunung bersalji, sang raja menatap ke arah salji itu dan membongkokkan kepalanya. Si pelayan lantas segera memacu kudanya, dan tidak lama kemudian, ia kembali dengan membawa sedikit salji. Sang raja bertanya kepadanya.....

"Bagaimana engkau tahu bahwa aku menginginkan salji? 
Pelayan menjawab, "Kerana paduka menatapnya terus, dan seorang raja hanya melihat sesuatu kalau ia menginginkannya." 

Maka sang raja berkata, 'Aku memberimu anugerah dan kehormatan khusus, karena bagi setiap orang ada pekerjaannya sendiri, dan pekerjaanmu adalah mengamati pandangan mataku dan memperhatikan keadaanku" 




KISAH 2: SEORANG GURU DAN MURID KESAYANGANNYA..

Al-Qusyayri, dalam  RISALAH AL QUSYAIRI BAB 21: MURAQABAH ada menceritakan...
Ada seorang Syaikh mempunyai beberapa murid, dan ia lebih menyukai salah seorang di antara mereka dan memberinya perhatian lebih daripada murid-murid yang lain. Ketika ditanya tentang hal itu, ia menjawab: 

"Aku akan menunjukkan kepadamu mengapa aku bersikap demikian terhadapnya." 

Kemudian syaikh itu memberikan kepada setiap orang muridnya seekor burung dan memerintahkan kepada mereka:

 "Sembelihlah burung-burung itu di suatu tempat yang tidak ada seorang pun akan rnelihatnya."

Mereka berangkat, kemudian masing-masing kembali dengan burung sembelihannya, akan tetapi, murid kesayangan itu kembali dengan membawa burung tersebut dalam keadaan masih hidup. 

Ketika syaikh bertanya, "Mengapa engkau tidak menyembelihnya?" 
Murid itu menjawab, "Tuan memerintahkan saya untuk menyembelih bumng ini di tempat yang tidak dilihat oleh siapa pun, dan saya tidak bisa menemukan tempat seperti itu". 

Mendengar jawaban muridnya itu, sang syaikh berkata kepada murid-murid yang lain,
 "Inilah sebabnya mengapa aku lebih memberikan perhatian kepadanya"



Jadi, dapatlah difahami inilah bentuk bentuk akhlak dan adab seorang murid yang menerima tarbiah yang sempurna dari gurunya. Ia bijak, bersikap baik dan faham akan didikan gurunya. Semoga kita semua termasuk alfaqir yg banyak kesalahan ini mampu menjadi seorang murid yang baik, sopan dan menerima tarbiah yang baik dari guru dengan izin Allah SWT.

InsyaAllah. 




        JUALAN PRODUK ISLAMI, RAWATAN ISLAM, TERAPI SUKSES         

Monday, April 14, 2014

Pesanan Guru Mulia, Al Imam Habib Abdullah bin Alawi Al Haddad

Salah satu buku dalam 'Mini Library' alfaqir. Buku Manaqib.

WALI AL-QUTHUB, AL-IMAM AL-ALLAMAH Al-HABIB ABDULLAH BIN ALAWI AL HADDAD (Imam Al-Haddad) merupakan seorang yang sangat bersungguh sungguh dalam ibadah dan mujahadah sejak kecil lagi. Alfaqir sendiri amat menggemari naskah kitab karangannya. Seolah olah kita berada di dalam majlisnya dan mendengar bait bait nasihat yang lembut dan indah. Terus ke hati. Antara pesanannya ialah agar meneruskan zikir zikir yang biasa kita amalkan selepas solat walau dimana kita berada hatta sedang sibuk. Zikrullah ini kata ulama adalah ubat dan pembersih bagi hati.

Inilah alfaqir nukilkan sedikit dari buku manaqib tentang AL-IMAM AL-ALLAMAH Al-HABIB ABDULLAH BIN ALAWI AL HADDAD

  1. Setiap hari amalannya berzikir LAILAHAILLALLAH 1000x
  2. Al-Imam juga selalu melazimi zikir LAILAHAILLALLAH AL MALIKUL HAQQUL MUBIN sebanyak 100x setelah solat Zuhur.
  3. Al-Imam sering melazimi puasa sunnah, Isnin dan Khamis. Juga puasa puasa sunat lainnya.
  4.  Al-Imam diberi kelebihan memahami dengan mendalam surah Yaasin sejak kecilnya lagi apabila membaca surah Yaasin beliau akan menangis semahu mahunya hingga tidak dapat menghabiskan bacaannya. Al-Imam mewasiatkan kita agar secara khusus membaca Surah Yaasin, demi memperolehi berbagai bagai kebaikan dan menangkal pelbagai keburukan.
  5. Beliau juga melazimi membuat solat sunat sebanyak 100 rakaat pada waktu Dhuha sejak kecil lagi setelah kembali dari tempat belajarnya. Beliau melakukan setiap pagi sehingga waktu Zohor tiba.
  6.  Al-Imam mewasiatkan. "Lakukanlah zikir-zikir secara rutin pada waktu pagi dan petang, kerana zikir adalah benteng dari gangguan syaitan dan penangkal dari pelbagai keburukan" . Dan Al-Imam meninggalkan kita dengan satu khazanah kitab pendinding diri dan penyelamat masalah hidup yakni RATIB AL HADDAD yang sangat banyak faedah kebaikannya.

Sumber Rujukan:Kitab HAUL AL IMAM AL HABIB ABDULLAH BIN ALAWI AL-HADDAD
oleh AMANAH HAWI AL KHAIRAT (HAK -Alhawi.net) 

KISAH HARTAWAN DARI LANGKAWI.


Ini ialah satu kisah benar yang alfaqir sendiri terima dari seorang guru agama, Ustaz Abdul Ghani dari Merbok, Kedah tentang pengalamannya bertemu seorang hartawan yang kaya raya di Langkawi. 
Orangnya sederhana saja, namun apabila telah lama kenal, tahulah bahawa beliau ini adalah seseorang yang mernpunyai rangkaian perniagaan yang agak besar di Langkawi. 

Ini amalan yang dikongsikannya, beliau ini (ustaz tidak menyebutkan namanya). Beliau ini rupa rupanya seorang yang hebat dan istiqamah mengamalkan... 

  1. membaca SURAH AL WAQIAH dengan Istiqamah (Amal berterusan tanpa jemu)
  2. Waktu membaca surah ini ialah khususnya .... selepas solat fardhu Subuh dan solat fardhu 'Asar pada setiap hari.
Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ قَرأ سُورَةَ الوَاقِعَةِ فِي كُلّ لَيْلَةٍ لَمْ تُصِبْهُ فاقَة

“Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiapa malam ia tidak akan ditimpa kefakiran.” (Riwayat daripada Ibn Mas‘ud: al-Azkar, al-Jami al-Soghir).
Rasulullah SAW bersabda:

سُوْرَةُ الوَاقِعَةِ سُوْرَةُ الغِنَى فَاقْرَؤُوْهَا وَعَلِّمُوْهَا أَوْلاَدَكُمْ

“Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu.” (Riwayat Ibn Mardawaih daripada Anas: Kasyf al-Khafa’).

Alfaqir ingin menambah sedikit seperti disarankan oleh para ustaz adalah dengan berdoa khusus YAKNI DOA AL-WAQIAH  selepas mengamalkannya.


APABILA ANDA MEMBACA SURAH WAQIAH INI, 
TUTUP DENGAN 'DOA REZEKI 



MAKSUD DOA REZEKI SURAH ALWAQIAH: 
“Ya Allah, bahawasanya kami memohon kepada-Mu dengan hak surat Waaqi’ah dan rahsia (yang terkandung) di dalamnya. Hendaknya Engkau memudahkan rezeki bagi kami sebagaimana Engkau memudahkannya kepada kebanyakan makhluk-Mu ya Allah, Tuhan semesta alam. Ya Allah, limpahkanlah rezeki dari langit dan bumi kepada kami, berilah kami rezeki kerana Engkaulah sebaik-baik pemberi rezeki. Ya Allah, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah rezeki itu, jika rezeki kami berada di bumi, maka keluarkanlah, jika rezeki kami tidak ada maka temukanlah, jika rezeki kami sulit maka mudahkanlah kepada kami, dan pindahkanlah rezeki itu ke tempat kami di mana kami berada, dengan karunia-Mu dan kemurahan-Mu serta kemuliaan-Mu dengan rahmat-Mu wahai sebaik-baik Penyayang dari para penyayang.”



INGIN AMALAN WAQIAH YG LEBIH KHUSUS??

** Seandainya anda mahu amalan yang lebih khusus, berijazah dalam MANUAL REZEKI JUTAWAN oleh Ustaz Prof Shahrin ada memberi anda zikir khusus untuk ikhtiar pelarisan rezeki setelah anda membaca surah ini. Keberkatan amalan ini memang terasa. Klik dibawah:

        JUALAN PRODUK ISLAMI, RAWATAN ISLAM, TERAPI SUKSES         


       ** Sumber DOA WAQIAH diatas**       

Darul Ulum Ihya Ulumuddin
http://ulumnabawiahmakh.blogspot.com
(Mohon beri sumbangan pada madrasah ini)